oHFw4xpjSFN1Cb0zBlxGcQxjqLc Sakuradaisy: GLA COMPLEX UNTUK WANITA & LELAKI BERMASALAH JERAWAT

Wednesday 16 October 2013

GLA COMPLEX UNTUK WANITA & LELAKI BERMASALAH JERAWAT

Assalamualaikum..

Saya nak berkongsi pengalaman menggunakan GLA COMPLEX SHAKLEE.. Memilih untuk cuba GLA sebab period tak teratur. Sebelum2 ni ok je. tapi tak tau la kenapa beberapa bulan sebelum ni tak teratur. kalau period tak teratur, jerawat mula la menempek kat muka. 

maaf kurang jelas.ambik gna kamera hp je :)
 Jerawat yang non-stop punya spesies. baru nak sembuh satu, tak sempat hilang parut lagi, dah tumbuh lagi satu. Jenis yang bernanah dan sakit. Mesti korg smua geli kan baca..hehe..tak la teruk sangat. jerawat tak la besar macam jerawat batu, tapi merah n sakit. sekali tumbuh 3 biji skali kat muka. Bagi saya dah banyak sangat dah tu kalau 3.

 Zaman sekolah ngan universiti dulu tak pernah kesah pun dengan jerawat kat muka. Dulu2 tumbuh sebijik je masa period tiap2 bulan. Jerawat batu yang besar punya..Tapi sebab dia satu je dan cepat hilang, saya tak pernah ambik kesah pun. rilek je pegi kelas bawak jerawat sebijik tu.hehe

 Tapi sekarang ni 2 bulan lagi nak kawen..tu yang risau sangat kalau period tak teratur n muka jerawat. Saya tau pasal GLA ni pun sebab tengok adik perempuan saya makan. sebab dulu dia ada cyst. Alhamdulillah dah sembuh. GLA ni boleh mengecutkan cyst jugak. Banyak lagi kelebihan nya. Tapi yang paling saya rasai kesannya ke atas period dan jerawat la. Makan GLA sebab nak stabilkan period, tapi kesannya nampak dekat kulit muka sekali.

Salah satu punca masalah jerawat kan hormon tak seimbang. Kalau dah seimbang InsyaAllah akan sembuh. GLA juga boleh mambantu mancantikkan kulit tau. Kandungan minyak borage boleh membantu melembap dan merawat kulit. Mesti ramai yang ingat untuk wanita saja kan..sebenarnya GLA juga sesuai untuk lelaki. Takde sebarang masalah pun kalau lelaki nak consume GLA ni.

 Dalam 2 minggu lepas makan GLA jerawat memang dah tak tumbuh non-stop. Tak macam sebelum ni, bangun pagi ade je jerawat yang baru muncul. Sekarang ni lebih ok dari dulu. Kulit saya sekarang tak la seratus peratus licin macam Lisa Surihani...Tapi bersyukur la dah tak macam dulu dan jerawat cepat sembuh kalau ada yang tumbuh.

 Oleh sebab teruja dengan keberkesanan GLA ni la saya memutuskan untuk jadi pengedar Shaklee. Kebanyakan yang buat review supplemen shaklee adalah pengedar shaklee..sebab semua pakat nak jual lepas merasai keberkesanannya.. Jadi kalau ada sesiapa yang ada masalah jerawat, dah cuba pelbagai produk tapi masalah masih tak selesai, cuba la supplemen GLA COMPLEX dari Shaklee yang semulajadi dan HALAL. Kita rawat dari dalam pulak. Makan konsisten beserta dengan doa InsyaAllah boleh sembuh. Yang paling penting doa :) Jom la beli dari saya :)

Berminat untuk mencuba VITAMIN SHAKLEE????Anda boleh SMS/wassap saya untuk mendapatkan harga diskaun...Pembelian produk Shaklee daripada saya, akan mendapat jadual dan TIPS EKSLUSIF untuk kesan yg optimum, juga mendapat Konsultasi PERCUMA..

 WASSAP/SMS/CALL saya di nombor  013-5538466 atau emelkan ke ramizah2010@gmail.com

Anda juga boleh menggunakan ID Shaklee saya (1069430) untuk membeli di mana-mana branch Shaklee yang membolehkan anda membeli dengan harga ahli. :)

.........................................................................................................................................

Salam sayang,
Shaklee Independent Distributor
Raimi Ramizah Mahiji
Shaklee ID: 1069430

No comments:

Post a Comment