oHFw4xpjSFN1Cb0zBlxGcQxjqLc Sakuradaisy: REVIEW: Royal Expert White Beauty Cream

Tuesday 15 October 2013

REVIEW: Royal Expert White Beauty Cream

Assalamualaikum...

Kali ni sy nak buat review tentang krim muka Royal Expert White (REW). Krim ni dari Pakistan.
Diperkenalkan oleh kakak ofis masa praktikal dekat Telekom dulu. Harga dalam RM120 untuk krim saja. Dia ada satu set dengan cleanser, tapi saya tak guna cleanser REW. Krim saja pun dah mahal kan. Saya guna cleanser Skinz Uv White.

gambar dari royalbeautycream.com
                                         
Krim ni saya pakai masa packaging maseh kaler putih tulisan biru. Sekarang botol dan tukar warna biru dengan tulisan putih. Isi dalam kaler pink. Bau macam berangin sikit. Masa pakai krim ni memang ok la. Kulit jadi lembut dan cerah. Jerawat halus pun hilang sepenuhnya. Jerawat besar tumbuh sebulan sekali je la masa period.

Sy guna 2 bulan je. Pakai bulan 3, stop bulan 5. Berhenti pakai sebab nak stop pakai segala jenis krim. Konon nak kulit free chemical. Isi dia banyak, masa stop tak sampai stengah pun guna. Saya berhenti slow2 la kan, takut kalau behenti mengejut,nanti dapat efek tak elok plak. Jarakkan masa penggunaan sampai la bhenti sepenuhnya. Alhamdulillah takde la tumbuh jerawat besar macam cendawan selepas hujan bila stop pakai. Ada sesetengah produk macam tu kan, kalau stop je jerawat trus naik tak henti. Tapi yang tak bestnya jerawat halus muncul kembali.

Pada sesiapa yang bercadang nak guna krim ni, pastikan beli yang original. Baca dekat fb REW memang banyak yang komplen dapat yang tiruan, isi warna putih. yang betul punya warna isi pink. Tapi ada jugak yang claim warna pink tu tiruan dan ada steroid. Tak tau la yang mana satu betul. Ini jgak lah salah satu sebab saya berhenti guna. rasa was2 dan takut terguna yang tiruan,.tak pasal2 rosak pulak kulit.

Masa pakai muka memang glowing dan cerah. Bila stop kulit jadi gelap sikit dari dulu, tak la hitam, cuma kurang cerah berbanding masa guna REW. sekarang cuma cleanser sebamed, krim vitamin e dari organic aid dengan makan vitamin dari shaklee. Alhamdulillah ok. :)


No comments:

Post a Comment