oHFw4xpjSFN1Cb0zBlxGcQxjqLc Sakuradaisy: Review Sebamed Liquid Face & Body Wash for Sensitive Skin

Tuesday 22 October 2013

Review Sebamed Liquid Face & Body Wash for Sensitive Skin

Assalamualaikum..

Saya nak review tentang produk pencuci muka yang saya pakai sekarang iaitu Sebamed Liquid Face & Body Wash for Sensitive Skin. Pencuci ni ada dalam bentuk sabun buku jugak, tapi saya pilih yang liquid sebab takut yang facial bar tu mengeringkan kulit. Tapi ada juga review kata yang bar tak mengeringkan. Bergantung pada jenis kulit masing2 la kan..

                               

Sebamed boleh dibeli di mana2 farmasi seperti Guardian dan Watson..Saya beli dalam harga rm21++ Masa tu ada promosi di Watsons. saya tukar ke sebamed sebab pencuci muka skinz yang saya guna sebelum ni makn mengeringkan kulit. Jadi saya cari review tentang pencuci yang sesuai untuk kulit sensitif dan buat kputusn nak try sebamed.

Mula2 pakai memang rasa bersih tapi agak kering jugak. muka rasa ketat je. tapi lepas seminggu dah ok, biasa je,tak kering. Kebanyakan review kata sebamed memang bagus untuk kulit yang acne prone. Untuk saya, pencuci ni tak menghalang pertumbuhan jerawat, tapi tak juga menggalakkan jerawat tumbuh. Jadi ok la, sekurang2 nya tak breakout bila pakai. Dia sangat mild jadi takkan memburukkan lagi jerawat anda.

Dan pencuci ni juga dapat mengurangkan kemerahan kulit saya. sebab dah tak kering kot.jadi kurang la merah..Sesiapa yang ada kulit sensitif atau acne prone,boleh la try pencuci muka ni..:)

No comments:

Post a Comment